PERJUANGAN Penang FC untuk mara ke final Piala Cabaran 2024 ternoktah selepas tewas 0-2 secara agregat di tangan Selangor FC dalam perlawanan separuh akhir kedua pada Ahad minggu lalu.
Beraksi hadapan penyokong Gergasi Merah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor, anak-anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail dilihat berdepan dengan tekanan untuk mencuri tiket ke pentas akhir kejohanan itu.
Jaringan Alvin Fortes minit ke-66 menoktahkan kemaraan anak buah Wan Rohaimi dengan kekalahan 0-1 selepas tewas jaringan sama dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 19 Januari lalu hasil jaringan sendiri kapten Penang, Rafael Vitor.