TEMPOH pinjaman pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias ke Velez Sarsfield telah tamat dan pemain itu mungkin akan kembali ke pangkuan kelabnya tidak lama lagi.
Sepanjang tempoh pinjamannya di Velez Sarsfield, Jalil menjadi salah seorang tonggak utama pasukan yang telah membantu kelab Argentina itu menjulang trofi Liga Profesional musim 2024.
Walaupun dia tidak berjaya menjaringkan sebarang gol atau memberikan bantuan ‘assist’, namun sumbangannya jelas memberi impak positif kepada pasukannya.