JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus membuat kejutan buat penyokong Harimau Selatan apabila mengumumkan ketibaan pemain baharu mereka iaitu Iker Undabarrena, yang akan menambah sengat di bahagian tengah pasukan.
Arkitek dari Sepanyol itu merupakan tonggak kelima yang disambar oleh skuad Harimau Selatan menjelang jendela perpindahan kedua musim 2024/2025 dengan dia dijangka akan menjadi nadi utama JDT untuk saingan domestik dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Pemain berusia 29 tahun itu dilihat mempunyai banyak pengalaman beraksi di negara kelahirannya apabila pernah menyarung jersi Bilbao Athletic, CD Tenerife, CE Sabadell dan CD Leganes.