WALAUPUN terpalit dengan kontroversi panas, atlet Algeria, Imane Khelif berjaya merangkul pingat emas dalam acara tinju wanita yang berlangsung di Stadium Roland-Garros, Paris pada Jumaat.
Malah kecaman daripada peminat sukan dari seluruh dunia yang mempertikaikan jantinanya itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Khelif untuk terus berjuang mencapai impiannya.
Khelif, 25, dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Yang Liu dari China dengan keputusan 5-0 bagi kategori 66 kilogram sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama Algeria dalam acara tinju wanita.