KEHILANGAN tiga tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama Harimau Malaya nyata merencatkan sedikit serangan skuad kebangsaan ketika bertemu India dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa pada Isnin (18 November).
Pihak pengurusan JDT memanggil pulang tiga pemain utama mereka iaitu Arif Aiman Hanapi, Matthew Davies dan Feroz Baharudin bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada 26 November nanti.
Namun begitu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berbaik hati untuk membenarkan Ahmad Syihan Hazmi kekal bersama Harimau Malaya selepas penjaga gol kebangsaan itu bukan pilihan utama bagi saingan ACLE.