PENGENDALI Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mendedahkan pasukan Pantai Timur itu kini mengintai khidmat seorang peledak gol dari Croatia.
Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 menyaksikan skuad Peteh meledakkan 19 gol dan penjaring terbanyak Terengganu ketika ini ialah Safawi Rasid dan Ismaheel Akinade yang berkongsi empat gol.
Meskipun begitu, pasukan itu pastinya merindui penjaring terbanyak mereka pada musim 2023, Ivan Mamut.