LEGENDA bola sepak dunia, Ronaldinho sememangnya terkenal dengan kemahiran dan kebolehannya ‘berseronok’ di atas padang sehingga menjadikannya seorang pemain paling menghiburkan di dunia untuk ditonton.
Walaupun kini keadaan menjadi sedikit berbeza sekarang kerana usianya yang semakin lanjut dan sudah bersara namun bekas pemain antarabangsa Brazil itu kembali menjadi sebutan peminat apabila muncul dalam perlawanan untuk Barcelona Legends.
Kali ini, aksi nakalnya tersebar apabila satu rakaman video menunjukkan Ronaldinho berada di tepi padang ketika aksi dihentikan selepas seorang penyokong secara tiba-tiba meluru berlari ke padang untuk cuba menyentuh para pemain legenda itu.