Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Tewas bermaruah, Jojo Ghazali bangga keberanian Miki di Jepun

NAMA Miki Ghazali semakin menjadi sebutan dalam kalangan peminat sukan tempur selepas menampilkan aksi penuh semangat dan keberanian luar biasa dalam pertembungan menentang jaguh tuan rumah, Ryu Hanaoka di kejohanan berprestij RISE World Series Yokohama 2025 pada Sabtu.

Masakan tidak dalam kategori Catchweight Kickboxing (119 lbs itu, Miki, atau nama penuhnya Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar berjuang habis-habisan sebelum terpaksa akur dengan kehandalan pesaingnya.

Walaupun baru berusia 16 tahun, anak muda kelahiran Kuching, Sarawak itu tidak gentar berdepan petarung lebih senior dan berpengalaman apabila berjaya memberi saingan sengit sepanjang perlawanan sebelum tewas menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%
Path: /terkini/sukan/video-tewas-bermaruah-jojo-ghazali-bangga-keberanian-miki-di-jepun