PENYERANG tempatan Johor Darul Takzim (JDT), Syafiq Ahmad membuktikan bahawa ketajaman di hadapan gawang masih berbisa apabila membantu Harimau Selatan menang 8-1 ke atas Perak FC dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Khamis.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu dimasukkan oleh ketua jurulatih, Tano Solari pada babak kedua untuk menggantikan Fernando Forestieri dan Syafiq jelas tidak mensia-siakan peluangnya apabila dia mencetak dua gol peribadi pada perlawanan itu.
Syafiq yang kini berusia 28 tahun itu ameledak dua gol masing-masing pada minit ke-62 dan 78 dan sekali gus membantu JDT mengesahkan kemenangan untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia bagi dua musim berturut-turut.