“INDONESIA nampaknya sudah faham apa sebenarnya yang diperlukan dalam bola sepak.”
Itulah pandangan pemerhati bola sepak, Renz Nazario menerusi satu pandangannya di Facebook apabila skuad nasional muda Sang Garuda berjaya melangkah ke pusingan suku akhir selepas mengutip enam mata dengan menewaskan Australia dan Jordan Bawah 23 tahun (B23).
Walaupun Indonesia bermula langkah kiri apabila tewas di tangan Qatar pada perlawanan pertama Piala Asia B23, anak-anak buah Shin Tae-yong berjaya bangkit menewaskan dua lawan yang lebih kuat iaitu Australia (1-0) dan Jordan (4-1) untuk mengesahkan kelayakan diri mereka ke pentas suku akhir.