Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Tak jadi bersara, The Pocket Rocketman dapat restu kekal bergelar pelumba profesional

LEGENDA berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengumumkan bahawa beliau tidak akan bersara dan akan terus berperanan sebagai atlet berbasikal profesional.

Keputusannya itu menerima sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang turut menyokong hasrat legenda berbasikal negara untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelumba trek profesional dalam sirkit yang dianjurkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya bersedia untuk memberikan segala bantuan yang diperlukan untuk merealisasikan impian tersebut, lapor Stadium Astro.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%