ATLET Sabah, Angie Yan Jia Chi sekali lagi membanggakan negeri dan negara dengan mengekalkan gelaran dunia bawah-23 (B-23) dalam kategori wanita Wai Kru pada Kejohanan Muay Thai Dunia IFMA 2025 di Antalya, Turkiye.
‘Sumandak’ berusia 23 tahun itu memukau para hakim dalam perlawanan akhir dengan persembahan yang menggabungkan tradisi, keanggunan, dan ketepatan teknikal, memperoleh 9.60 mata untuk menewaskan lawan Filipinanya dengan perbezaan hanya 0.1 mata.
Kemenangan tipis berkenaan mengukuhkan gelaran juara dunia ketiga berturut-turut dalam kategori umur tersebut, selepas memenangi pertandingan di Thailand (2023) dan Greece pada 2024.