Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] STL 2024: 3 resipi termasuk tanpa sentuhan import bikin KL Thunder sukar dicabar

KUALA Lumpur (KL) Thunder berjaya melakar kejuaraan hatrik dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 apabila mudah menewaskan Selangor Pistons straight set (15-10,15-11) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada Ahad.

Memegang gelaran sebagai juara Grand Prix (GP) Selangor dan GP Terengganu sebelum ini, KL Thunder nyata tidak berdepan masalah untuk sekali lagi tampil cemerlang dalam GP Perak.

Gandingan Zarif Merican Ibrahim (tekong), Amirul Zazwan Amir (feeder) dan Azlan Alias sebagai killer jelas berada di kelas tersendiri untuk meneruskan momentum cemerlang dalam tiga GP yang berlangsung sebelum ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%