DALAM tiga perlawanan terakhir Kelantan FC dalam kesemua pertandingan, Kelantan FC berada dalam situasi cukup teruk apabila dibolosi sebanyak 29 kali secara keseluruhan.
Bermula dengan kekalahan 0-8 kepada Terengganu FC dalam ‘Derby Pantai Timur’, situasi itu berterusan ketika aksi timbal balik Piala Malaysia selepas mereka tewas dengan skor 0-10 kepada Johor Darul Takzim (JDT).
Nasib memalukan berkenaan tidak terhenti di situ apabila skuad The Red Warriors (TRW) sekali lagi menjadi mangsa kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super di laman sendiri.