HARAPAN menggunung diidamkan penyokong terhadap Selangor FC musim depan selepas mencatatkan satu musim cemerlang sebelum ini apabila melayakkan diri ke pentas Asia.
Meskipun kehilangan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, kelab Lembah Klang itu tidak menunggu lama untuk melantik Nidzam Jamil yang sudah bertahun-tahun menjadi pembantu pengendali di pasukan berkenaan.
Perubahan itu masih belum cukup untuk melunturkan kesetiaan peminat terhadap skuad Gergasi Merah apabila masing-masing terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi.