NAIB juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal memulakan kempen mereka dengan cemerlang apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates dekat London, England pada Ahad.
Tiga mata diraih oleh skuad The Gunners menerusi gol pertama yang dicetak oleh penyerang Jerman, Kai Havertz dan jaringan kedua dari Bukayo Saka untuk menyempurnakan persembahan Arsenal.
Perlawanan pembukaan Arsenal itu juga diwarnai dengan beberapa insiden kontroversi dan antara yang menjadi bualan penyokong bola sepak apabila penyerang The Gunners, Gabriel Jesus menjadi mangsa ‘cabul’ bek Wolves, Yerson Mosquera.





