JAGUH Muay Thai terkenal dari Thailand, Rodtang Jitmuangnon mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada para penyokongnya yang meraikan perayaan tersebut.
Ucapan ikhlasnya itu dikongsikan di laman Facebook miliknya dan mendapat perhatian luas terutamanya dari peminat di Malaysia dan Indonesia.
Dalam video tersebut, dia memberi ucapan berkenaan sambutan Aidilfitri dalam bahasa Thailand.