Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Rodtang ambil masa 80 saat tumbangkan Takeru, seluar pink bawa ‘luck’ kaut hadiah RM221,000

BEKAS juara Muay Thai One Championship, Rodtang Jimuangnon tidak memerlukan masa lama untuk menewaskan Takeru Segawa menerusi tumbukan knock out (KO) seawal pusingan pertama pada pertarungan epik dalam acara utama Kejohanan ONE 172 di Saitama Super Arena, Saitama, Jepun.

Pertarungan utama yang berlangsung pada Ahad itu berlangsung pantas apabila Rodtang hanya memerlukan 80 saat untuk menumbangkan jaguh Jepun itu dalam pusingan pertama.

Aksi dimulakan dengan kedua-dua petarung menggunakan serangan kaki bagi menguji lawan masing-masing. Namun, keseimbangan pertarungan berubah apabila Rodtang melancarkan tumbukan yang tepat mengenai Takeru, menyebabkan lawannya kelihatan terkesan dengan pukulan itu. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%