PEMAIN perseorangan lelaki negara, Low Eu Cong menyuarakan harapannya untuk kembali beraksi bersama dua jaguh muda negara yang juga bekas rakan sepasukannya iaitu Ng Tze Yong dan Justin Hoh.
Pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini bersama-bersama Tze Yong dan Justin sebagai sebahagian tonggak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun Eu Chong digugurkan dari badan induk berkenaan pada 2022.
Eu Cong mengakui rasa rindu untuk kembali berada dalam satu pasukan bersama Tze Yong dan Justin dengan dia berharap akan bersatu sebagai rakan sepasukan pada suatu hari nanti.