LEGENDA tinju dunia, Mike Tyson kecundang di tangan seorang YouTuber yang kini menjadi petinju profesional, Jake Paul melalui keputusan sebulat suara (unanimous decision) dalam pertarungan di Texas, pada Jumaat.
Aksi yang berlangsung di Stadium AT&T dekat Arlington, Texas itu menyaksikan Tyson, 58, dikalahkan Paul, 27, selepas mengharungi lapan pusingan.
Paul meraih kemenangan dengan ketiga-tiga juri memberikan markah 80-72, 79-73, dan 79-73.