SELEPAS satu demi satu masalah yang melanda kem pasukan kebangsaan Thailand, kini penyokong Gajah Perang turut terkena tempiasnya apabila tidak dapat menyaksikan skuad kendalian Masatada Ishii beraksi secara langsung dalam kejohanan Piala Asia 2023 yang akan membuka tirainya pada Sabtu ini.
Persiapan pasukan Thailand kini dilihat serba serbi tidak menjadi selepas ketiadaan pemain-pemain senior seperti Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda yang mempunyai pengalaman di pentas tertinggi Asia.
Pemain muda kacukan Denmark-Thailand, Jonathan Khemdee turut tidak dipanggil oleh Masatada selepas dia mengumumkan persaraan daripada mewakili skuad Gajah Perang selepas tewas dalam perlawanan bola sepak akhir Sukan SEA pada tahun lalu.