KHABAR angin perpindahan musim ini bukan hanya dimeriahkan dengan pasukan utama, malah skuad simpanan turut tidak melepaskan peluang menyalin wajah baharu bagi saingan lebih mencabar pada musim depan.
Juara edisi sulung saingan Piala Malaysian Football League (MFL), Terengganu FC II (TFC II) juga antara pasukan yang sedang membuat perancangan awal untuk membawa masuk beberapa pemain baharu.
Seperti yang dilaporkan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam menerusi platform X, skuad simpanan Sang Penyu itu difahamkan berhasil merekrut pemain muda Kelantan FC, Khalaif Naskam.