Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Perlawanan penuh kontroversi pengadil disiasat guna telefon buat keputusan VAR

BADAN pegendali Liga Bola Sepak Profesional Portugis (LPFP) akan meminta Majlis Tatatertib menjalankan siasatan berhubung perlawanan di antara FC Porto dan Arouca susulan penggunaan telefon bimbit oleh pengadil untuk menyemak keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Menerusi laporan The Portugal News, difahamkan badan yang bertanggungjawab dalam perlawanan itu membenarkan siasatan dilakukan selepas menerima penjelasan daripada Majlis Timbang Tara (CA) Persekutuan Bola Sepak Portugis (FPF) dan laporan daripada perwakilan perlawanan itu.

“LPFP memaklumkan bahawa pihaknya akan meminta Majlis Tatatertib (CD) FPF untuk memulakan proses siasatan berhubung punca insiden itu dan memastikan apa sebenarnya yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%