RASMUS Hojlund menyifatkan dirinya sebagai ‘manusia paling gembira di dunia’ selepas menjaringkan gol pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk membolehkan Manchester United bangkit melakar kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa.
Penyerang itu yang dibawa masuk dengan yuran perpindahan bernilai lebih RM300 juta dari Atalanta pada musim panas, memastikan kemenangan pada minit ke-82 pada penampilan ke-15 di liga utama.
Aston Villa berada di landasan untuk menyamakan kedudukan dengan mata dengan Liverpool di puncak liga berikutan mendahului dua gol menerusi John McGinn dan Leander Dendoncker sebelum dua gol Alejandro Garnacho menyamakan kedudukan buat tuan rumah.