PAHANG Rangers meneruskan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) setelah menumpaskan Sabah pada Ahad.
Keputusan 7-5 yang direkodkan anak-anak buah Gerard Casas di Kompleks Sukan Nasional (KSN) Panasonic, Shah Alam itu meletakkan mereka di tangga kedua.
Ia sekali gus menyaksikan mereka hanya dua mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang meraih kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut.