DERBI Lembah Klang menjadi milik Kuala Lumpur City FC (KL City) selepas berhempas pulas menewaskan Selangor FC dalam perlawanan minggu kelima Liga Super pada Ahad (14 Julai).
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu berakhir memihak tuan rumah dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Jovan Motika.
Jaringan Motika itu sekali gus meranapkan impian anak-anak buah Nidzam Jamil untuk merekodkan kemenangan keempat Liga Super selepas cemerlang layak ke pusingan separuh akhir Piala FA minggu lalu.