PENUKARAN beberapa gelanggang futsal kepada gelanggang pickleball di beberapa lokasi di ibu kota dan negeri lain telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat dan komuniti futsal tempatan.
Rata-rata peminat futsal meluahkan kemarahan di media sosial kerana berpendapat tindakan tersebut menjejaskan ruang dan peluang mereka untuk bermain serta berlatih dalam sukan yang sudah lama bertapak kukuh di Malaysia.
Menurut penyokong futsal tanah air, gelanggang futsal awam sedia ada sudah pun terhad, dan penukaran fungsi kepada gelanggang pickleball dianggap tidak sensitif terhadap keperluan komuniti sedia ada.







