HASRAT Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk melangkah ke final Piala FA 2024 tidak kesampaian selepas dikecewakan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).
Beraksi di laman sendiri, semangat juang yang ditampilkan oleh Harimau Selatan nyata membuahkan hasil apabila mencetak tiga jaringan sekali gus meraih kemenangan dengan agregat 5-1.
Feroz Baharudin, Bergson da Silva dan Juan Muniz menjadi individu penting dalam kemenangan 3-0 aksi separuh akhir kedua itu.