AKSI bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias kembali menjadi bualan penyokong-penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas sekian lama kelibatnya tidak kelihatan di atas padang.
Farizal yang menjadi pilihan keempat di belakang Ahmad Syihan Hazmi, Andoni Zubiaurre dan Mohd Izham Tarmizi dilihat masih tangkas menepis bola di gawang gol semasa sesi latihan pasukan.
Kali terakhir Farizal beraksi secara rasmi bersama JDT pada 16 Disember 2023 yang mana Harimau Selatan menewaskan Penang FC dengan keputusan 8-0 di Stadium Sultan Ibrahim.