PASUKAN-PASUKAN Liga Malaysia kini terus mengulangi skrip musim lalu apabila sudah ada beberapa kelab tidak membayar gaji pemain masing-masing.
Kuala Lumpur City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) antara pasukan yang menjadi topik utama media selepas dilaporkan lebih lima bulan tidak melunaskan gaji pemain.
Terbaharu, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pula dikaitkan dengan pasukan yang tidak melunaskan tanggungjawab dengan membayar gaji pemain-pemain.