TINDAKAN seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu wanita kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang, Negeri Sembilan telah menarik perhatian ramai.
Lelaki yang difahamkan merupakan seorang tentera dikatakan menumbuk kepala mangsa sebanyak dua kali selain saksi turut mendakwa kakaknya ditendang di bahagian perut.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kanak-kanak tersebut mengekori bapanya melintas jalan lalu pemandu wanita membuka pintu sebelum suspek itu mencederakan mangsa.