TIDAK boleh dinafikan bahawa gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool merupakan antara kelab paling ternama dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.
Pasukan yang juga dikenali sebagai skuad The Reds itu kerap diangkat sejak penubuhannya dengan lambakan pemain bintang jarang mengecewakan penyokong mereka.
Malah, semangat di sebalik kemegahan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu bukan sahaja dapat dirasai peminat biasa kerana beberapa tahun lalu, dunia bola sepak pernah tersentuh gara-gara sebuah video tular di media sosial.