PEMAIN sayap Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo menjadi wira buat pasukannya dalam mengutip tiga mata pertama ketika berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di laman sendiri pada Sabtu lalu.
Sepakan percumanya yang mengelirukan sudah cukup untuk menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Khatul Anuar serta memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Bagaimanapun, keputusan itu sudah tentu sedikit kekok buat tonggak kelahiran Argentina berkenaan memandangkan aksi itu diadakan di Stadium Temerloh, Pahang dan bukan di Stadium Darul Makmur.