“TIDAK semestinya setiap perlawanan liga menggunakan pengadil dari luar”.
Demikianlah pandangan pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli ketika mengulas cadangan penggunaan pengadil import dalam saingan bola sepak tempatan.
Isu tersebut timbul selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam baru-baru ini mengumumkan bahawa Liga Thailand akan mula menggunakan khidmat pengadil luar negara.