KEMARAAN beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Kejohanan Badminton Super 750 Terbuka India terhenti setakat aksi separuh akhir yang berlangsung, di Stadium Tertutup K.D Jadhav di New Delhi, India pada Sabtu.
Pukulan keras dari pemain lawan yang terkena mata kiri pemain badminton negara, Aaron dalam perlawanan set kedua menentang Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dikatakan antara faktor mereka kehilangan momentum sebelum tunduk 18-21, 14-21 kepada tuan rumah.
Sejurus terkena pukulan bulu tangkis tersebut sehingga mengakibatkan mata kirinya cedera, Aaron dilihat segera pergi ke tepi gelanggang untuk mendapatkan bantuan perubatan.