NAMA petinju sensasi profesional Amerika Syarikat (AS), Ryan Garcia tiba-tiba sahaja menjadi trending di laman X (Twitter) apabila dia didakwa sudah meninggal dunia selepas lama menghilang dari media sosial.
Selepas dakwaan kematiannya semakin diperbincangkan, Garcia akhirnya memunculkan diri namun dengan membawa beberapa kisah misteri yang mengatakan bahawa dia menyaksikan makhluk asing dan aktiviti jijik kelab elit yang dikenali sebagai Bohemian Grove.
Menerusi sesi perkongsian bersama pempengaruh Amerika Syarikat, Andrew Tate di laman Space X, petinju berusia 25 tahun berkenaan mendakwa bahawa dia ditangkap dan diikat oleh ahli Bohemian Grove sebelum dipaksa melihat ‘pertunjukan’ kanak-kanak diperkosa.