BEKAS pemain kebangsaan bola sepak kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus menekankan dalam sesebuah pasukan, kehadiran pemain senior di atas padang amat penting untuk taktikal permainan.
Menurutnya, sama ada jumlah pemain senior lebih ramai atau sebaliknya, ia bergantung kepada keberkesanan sesebuah pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih masing-masing.
“Dia bergantung kepada sesebuah pasukan, bukan semua perlu ada benda itu. Sesetengah pasukan betul! Sebab dia tak ada pemain dan mereka perlukan senior yang banyak untuk perkuatkan pasukan.