Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Kuartet 4x100m lelaki layak ke final, Azeem Fahmi anggap belum cukup sempurna

PERSEMBAHAN atlet olahraga kebangsaan menunjukkan petanda semakin baik apabila kuartet 4×100 meter lelaki berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir di Sukan Asia Hangzhou, China pada Selasa malam.

Beraksi di Stadium Olimpik Hangzhou pada Isnin, gandingan Khairul Hafiz Jantan, Arsyad Saat, Jonathan Nyepa dan Azeem Fahmi berjaya membantu Malaysia mara ke pusingan akhir selepas menduduki tangga keempat pada separuh akhir.

Catatan masa yang diraih adalah 39.40 saat dan selepas saringan pertama, kuartet negara berada di tangga ketiga. Hanya kuarter China serta Korea Selatan lebih pantas berbanding mereka dengan masing-masing mencatatkan masa 38.62 saat dan 38.75 saat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%