KETUA jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, mengakui berdepan persiapan berliku untuk perlawanan separuh akhir Piala AFC peringkat zon Asia Tenggara, pertengahan Februari depan.
Sabah tumbang 1-3 kepada wakil Indonesia, PSM Makassar, di Stadium Likas pada Khamis tetapi ia tidak menyekat langkah mereka ke peringkat kalah mati, lapor Stadium Astro.
“Adalah bagus untuk layak tetapi tewas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan jadi kami perlu perkemaskan semula permainan.