KEPUTUSAN pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail untuk melepaskan tiga pemain import yang baharu ditandatangani musim ini dilihati satu perkara yang tepat.
Musim ini, JDT telah membawa masuk lebih daripada lima pemain import baharu untuk memperkuatkan setiap posisi di kem Harimau Selatan untuk bersaing di peringkat Asia.
Namun ada beberapa pemain tidak sesuai dengan corak permainan yang dibawa oleh JDT sehingga memaksa Tunku Mahkota Ismail meminjamkan mereka ke pasukan lain.