KEMELUT pengurusan dialami Perak FC sepanjang musim meletakkan tanda noktah terhadap masa depan kelab tersebut yang dilaporkan tidak akan bersaing musim depan.
Ini selepas pemiliknya, XOX Pro Sport Sdn Bhd menyatakan pelaburan besar mencecah RM40 juta yang dicurahkan selama hampir tiga tahun hanya membawa kerugian terhadap syarikat telekomunikasi tersebut.
Hal tersebut sudah tentu membuatkan peminat yang bukan sahaja pengikut skuad The Bos Gaurus (TBG) yang terus mempersoalkan sikap pihak pengurusan yang gagal menguruskan kelab tersebut.