PIHAK pengurusan Kedah Darul Aman FC kini berdepan tekanan besar apabila tarikh akhir pembayaran tunggakan gaji pemain sehingga Disember 2024, berjumlah lebih RM7 juta perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 April ini.
Tarikh akhir itu telah ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan ia merupakan langkah penting dalam memastikan pengurusan kewangan kelab berada dalam keadaan stabil dan teratur.
Kegagalan untuk melunaskan bayaran tersebut boleh menjejaskan status penyertaan KDA FC dalam saingan musim hadapan, sekali gus memberi kesan besar kepada masa depan kelab serta pemain-pemain yang terlibat.