BEK kanan Indonesia, Asnawi Mangkualam diumumkan sebagai pemain baharu kelab divisyen satu Thailand, Port FC bagi membantu memperkuatkan pasukan berkenaan dalam mengharungi baki saingan liga musim 2023/24.
Berita penghijrahan Asnawi diumumkan menerusi satu hantaran di laman Instagram Port FC yang menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu bakal mengisi kuota pemain Asia Tenggara kelab gergasi Thailand itu.
“Port FC berjaya memuktamadkan perjanjian penting dengan mengumumkan ketibaan pertahanan kanan, Asnawi Mangkualam yang juga kapten Indonesia ke kelab untuk bersaing dalam baki aksi liga 2023/2024 sebagai pemain import Asia Tenggara,” katanya.