MUSIM ini pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes bermula cemerlang apabila sudah meledak tujuh gol dan melakukan empat bantuan jaringan dalam 12 penampilan di semua kejohanan domestik Liga Malaysia (Liga M).
Meskipun sudah mencecah usia 36 tahun, ia tidak menghalang Heberty meneruskan rekod cemerlangnya di Liga Thailand untuk dibawa ke Malaysia musim ini.
Menyertai JDT pada musim lalu secara pinjaman daripada Bangkok United, Heberty tidak mengambil masa lama untuk meyakinkan pihak pengurusan Harimau Selatan menyambung khidmatnya musim ini.