PEMAIN kebangsaan Jepun, Takefusa Kubo menjadi sasaran pertahanan Cadiz CF dalam perlawanan La Liga yang berakhir 0-0 di Stadium Nuevo Mirandilla, Sepanyol pada awal pagi Jumaat.
Kubo yang mewakili Real Sociedad bermula sebagai kesebelasan utama pasukan selepas menampilkan aksi cemerlang musim ini dengan menjaringkan enam gol serta empat ‘assist’ dalam 24 perlawanan terakhir.
Dalam perlawanan itu, pemain tengah Cadiz CF, Ruben Alcaraz dilihat tidak berpuas hati dengan aksi lincah yang dipamerkan oleh Kubo itu.
Pemain Cadiz mencoba menghentikan Takefusa Kubo pic.twitter.com/hg3gWugP6t