SELEPAS enam bulan mengalami detik-detik hitam disimbah asid oleh individu tidak dikenali, bintang sayap Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim kini menjaringkan gol berkelas dunia semasa sesi latihan Gergasi Merah di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam baru-baru ini.
Dalam perkongsian video dimuat naik oleh Selangor Soccer Fan Club – SSFC di Facebook memperlihatkan detik-detik jaringan yang dilakukan Faisal Halim selepas dia bergelut untuk mengembalikan prestasinya selepas insiden ngeri dialaminya itu.
Berdasarkan video berdurasi 12 saat itu, Faisal Halim menerima hantaran daripada rakan sepasukan sebelum melakukan rembatan lencongan ke penjuru gawang gol yang menewaskan penjaga gol.