PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim melakukan kunjungan mengejut ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor bagi memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang memulakan latihan berpusat pada Khamis.
Menurutnya, kunjungan itu sedikit sebanyak membawa perasaan sebak kerana selalunya, dia hadir ke pusat latihan sebagai pemain dan bukan sebagai penyokong.
“Saya datang hari ini (selepas) Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin hubungi saya untuk datang sebagai pembakar semangat buat rakan-rakan dan saya pun rindu saat ini.