FABRIZIO Romano merupakan wartawan sukan yang tidak asing lagi bagi peminat bola sepak dunia.
Sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka, khususnya di liga-liga ternama Eropah, akaun media sosial miliknya antara yang paling diikuti rapat oleh semua peminat.
Dia dianggap sebagai ‘pakar’ dalam mendedahkan dan menyampaikan berita perpindahan pemain bola sepak.