BUKANLAH sesuatu hal yang mudah buat seseorang menjadi pemain profesional bola sepak hari ini, apatah lagi mewakili kelab-kelab ternama di Eropah.
Selain perlu mengorbankan masa dan tenaga buat bertahun-tahun, bakat juga memainkan peranan penting untuk melahirkan seorang pemain berkualiti.
Namun, bagi ‘ubi muda’ kelahiran Serbia, Aleksander Pavlovic, cabaran besar terpaksa dihadapi dalam merealisasikan cita-citanya untuk beraksi buat kelab kegemarannya di Jerman, Bayern Munich.