JOHOR Darul Ta’zim (JDT) musim ini berada di kelas tersendiri apabila mendapat liputan dunia apabila membawa masuk ramai pemain-pemain berstatus bintang.
Antara pemain yang dibawa masuk oleh JDT ialah Roque Mesa, Jonathan Viera, Samu Catillejo, Alvaro Gonzalez dan Jese Rodriguez.
Namun begitu, sebelum JDT berjaya membawa masuk pemain-pemain yang sudah mencipta nama di Eropah, Harimau Selatan terlebih dahulu perlu bertemu dengan nama-nama besar terutamanya di saingan antarabangsa.